Tuesday, May 19, 2009

Dimana harga nyawa kita?

Baca Utusan online tadi. Ada lagi kemalangan melibatkan bas express dan lori. 2 maut dan 5 cedera parah. Sedih setiap kali aku membaca berita tentang kemalangan lebih-lebih lagi melibatkan kenderaan awam. Kita bergantung kepada kenderaan awam untuk membawa kita pulang samada pulang ke kampung untuk melihat sanak saudara, ibu, ayah, adik dan kawan-kawan. Atau pun kita mahu pulang untuk menyambung rezeki untuk membantu ayah ibu di kampung atau membiayai persekolahan adik-adik.

Malangnya kenderaan yang kita harapkan untuk membawa kita menuju ke destinasi tidak menghargai nyawa kita. Kita adalah anak kepada ibu dan ayah, adik kepada abang dan kakak. Malangnya pemandu yang kita letakkan keselamatan kita tidak tahu bahawa betapa pentingnya diri kita kepada keluarga yang kita sayangi. Hari ni seorang ayah (pemandu trailer) yang mencari rezeki untuk anak dan isteri tidak pulang kerumah. Bagaimana perasaan seorang isteri bila suaminya tiada disini? Anak-anak akan besar tanpa ayah? Seorang kakak atau adik tidak dapat kita dengar suaranya lagi.

Aku amat benci tikamana perkara ini berlaku. Apakah nyawa kita tidak pernah dihargai? ataupun kita ini hanya melukut ditepi gantang? Apakah pemandu kenderaan boleh membawa nyawa kita sesuka hati mereka?

Kalau aku jadi Pemerintah Negara anak aku hukumkan pemandu yang bersalah itu dengan kesalahan membunuh! sama seperti gengster yang membunuh orang. Itu bukan satu kemalangan... itu adalah kecuaian.

Kalau aku jadi Pemerintah Negara anak aku hukumkan juga pemilik syarikat kenderaan tersebut atas kesalahan bersubahat dengan pembunuh. Kenapa? kalau ditanya pemilik perlu dihukum? 'Kerana' jawab ku, 'Kerana pemilik syarikat tersebut tidak menyedarkan pekerjanya betapa pentingnya satu nyawa itu. Bukan betapa cepat pekerjanya boleh sampai atau berapa laju ia boleh memecut atau bagaimana bijaknya dia kalau boleh bolos dari dikejari pihak berkuasa'.

Kalau aku jadi Pemerintah Negara, akan aku tambahkan pengetahuan anak negaraku tentang pentingnya sebuah keluarga itu, akan aku ajarkan anak negaraku tentang kepakaran didalam kerjaya mereka. Akan aku ajarkan tentang kesabaran... akan aku khabarkan supaya jangan menjadi hamba kepada wang.

Aku tidak mahu dengar lagi suara-suara yang membisik ' Apa nak buat Tuhan sayangi dia' atau pun ' Sudah nasib badan...' Aku tidak mahu dengar lagi dalam berita esok menceritakan bagaimana simati yang kelihatan pelik atau tidak seperti biasanya kerana ia akan mati esok. Aku tidak mahu dengar lagi.

Aku tidak mahu lagi jadi pembaca berita yang sedih. Mungkin aku boleh berkata ' Tak apa bukan abang aku yang mati itu, atau bukan adik aku' tapi mereka berdua yang meninggalkan kita itu adalah abang kepada adik-adiknya dan anak kesayangan kepada ibu dan ayah mereka.

Dimana letaknya harga nyawa kita....

Wednesday, May 13, 2009

Danish

Rabu, pagi... badan aku letih-letih. 4 hari berturut-turut aku balek lewat malam buat kerja. Pagi kul 5 dah bangun keluar rumah dan lewat tengah malam baru sampai rumah. Bawa visitor dari Malaysia kehulu dan kehilir. Semalam last.. hantar mereka kat Melbourne airport.. babai... Sampai rumah dah jam 1 pagi. Dalam hati sebelum tidur ' lega... besok boleh bangun lewat' hajad di hati nak lepak atas katil sampai tengah hari.

6:00 am - Aku dengar pintu bilik dibuka. seruk-serak dengar bunyi heretan tapak kaki kecil menjelagah masuk menghampiri katil ku. Ku buka mata ku yang keletihan nampak Danish memanjat tebing katil. ' Aaahh.. biarkan dia panjat sendiri' fikir ku. Aku lalu meniarapkan badanku. Conforter ku tarik terasa panas selimut itu. 'Best nyer'. Aku fikir Danish akan masuk kedalam selimut dan memanaskan badanku sekali. Belum sempat aku memelapkan mata... ' Daddy...' Danish menjerit disebelah cuping telinga kiri ku! ' Aduh!....' "Danish.. Daddy nak rehat sikit hari ini' lalu aku menarik selimut menutup kepalaku.

Tiba-tiba Danish melompat dibelakang ku! Aku terkejut lantas urat belakang ku tertarik! Aduh aku menahan sakit. 'Daddy.. Daddy... Danish memanggil ku. Aku sudah kurang mendengar panggilan Danish. Lantas kupanggil isteriku untuk bawa Danish keluar bilik.

Aku kira Danish mungkin merindui aku setelah 3-4 hari aku tidak bersama Danish. Selepas itu 4 hari lagi aku menahan sakit urat belakang aku. Nasib baik Dr Zahir ada bekalkan aku ubat tahan sakit.